But before that.. I just wanna put this picture ..
Scene tu macam ni.. Perempuan tu tpaksa buat pembedahan dan rahim perempuan itu akan rosak & dibuang.. Jadi, dia terlalu sedih sebab dia tak dapat nak bagi anak untuk suami dia.. Time dia balik ke rumah.. dia meminta nasihat dari seorang perempuan yang pernah kehilangan anak..
Perempuan tu pun menasihat macam ni :
Anak adalah anugerah dari Allah kepada kita.. Anugerah yang tidak diberikan kepada kita oleh Allah kerana Allah sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.. Melahirkan seorang anak adalah membawa sebuah kehidupan ke dunia ini.. Kita terlalu sibuk untuk membawa sebuah kehidupan ke dunia ini, padahal semua itu urusan Allah.. Sedangkan urusan sebenar kita di dunia ini adalah mempersiapkan diri kita untuk kematian .. Apakah kita sudah cukup segala keperluan untuk menghadapi sebuah kematian .. Bahkan, kehidupan aku sendiri pun belum tentu sempurna, inikan pula untuk membawa sebuah kehidupan yang lain ke dunia ini ..
~ aku pun terkesan dengan kata-kata perempuan itu ~ Allah tidak memperkenankan kehendak kita kerana Allah ada rancangan yang terbaik untuk kita .. Aku sebok mengharapkan seorang insan, aku sibok terluka kerana jatuh hati dengan seorang hamba Allah, padahal .. Hubungan aku dengan Allah aku masih tidak berusaha memperbaiki .. Aku sibok mengharapkan sesuatu dari hamba Allah, pada hal.. Kasih sayang Allah adalah sesuatu yang lebih abadi & lebih membahagia kan .. Pada hal, kehidupan selepas kematian lebih utama, lebih kekal , bukan kehidupan di dunia ini.. ~
Wahai encik blog .. ingin sekali aku berpesan dengan diri aku ..
Tidak usah terlalu mendambakan kasih sayang manusia ..
Tidak usah mengharapakan hubungan indah dengan seorang hamba Allah..
Andai sesuatu perkara itu sudah ditakdirkan oleh Allah, maka semuanya tetap akan berlaku..
Andai Allah tidak memperkenankan keinginan aku,
maka Allah mempunyai rancangan yang DIA sudah tuliskan untuk aku..
Allah tahu apa yang lebih baik untuk aku.. Allah sengaja memberikan dugaan dan kesakitan dengan terlalu menyayangi seseorang hamba Allah kepada ku kerana, dengan cara ini , aku akan lebih dekat dengan Allah .. Allah amat sayangkan semua hambanya, Allah tahu apa yang lebih baik untuk ku..
Terima Kasih Ya Allah..
MasyaAllah :) You get ibrah from the great story line. Semoga apa yang terjadi dalam hidup kita. Sama-sama kita dekatkan diri dengan Allah. Amin Ya Rabb. :)
ReplyDelete